Wednesday, April 14, 2010

RENUNGAN KITA BERSAMA

>
>Assalamualaikum wr wb,  
>
>Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, "Setiap anak Adam akan dijaga
>oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari
>yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka
>malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah
>kanan katanya, "Apakah yang harus aku catit?"  
>
>Kata malaikat di sebelah kanan, "Jangan kamu catit dahulu dosanya
>sehingga ia melakukan 5 kesalahan. Malaikat yang di kiri bertanya
>lagi,"Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku
>catitkan?"  
>
>Jawab malaikat kanan, "Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana
>kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan
>mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu
>sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi."  
>
>Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata,"Kalau macam ini
>sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam."  
>
>Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah
>tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan
>keseronokkan serta kemewahan dunia.
>
>Al-Quran:
>"Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said".  

No comments: