Tuesday, April 13, 2010

DUA AKAL DAN DUA KEPUTUSAN BERBEZA

Salah satu kajian pernah dilakukan pakar pembangunan sosial terkenal di Amerika Syarikat Robert Kiyosaki, menunjukkan 65% orang didunia hidup dalam keadaan menderita, 32% pula hidup pada tahap survive dan hanya sekitar 3% orang yang berada dalam tahap berjaya. Kajian itu juga menemukan manusia pada dua persoalan mudah iaitu apakah kita cukup puas untuk sampai ke titik selesa atau mempunyai keinginan kuat untuk menjadi berjaya.

Apakah kita sudah cukup berjaya saat ini?.Jika ya, berapa besarkah kejayaan itu?..Definisi berjaya tentu berbeza antara satu dengan orang yang lain. Sesetengah orang menganggap berjayanya terletak pada kemampuan untuk menyekolah anak, dan melindungi keluarga.

Sementara, orang lain mungkin mendifinisikan berjaya ialah mereka yang mempunyai rumah banglo, simpanan ratusan ribu di bank, kereta lebih daripada satu dan boleh melancong ke luar negara setiap tahun. Ada juga jenis orang yang berasa berjaya jika boleh popular dan dikenali ramai. Tiada yang salah jika mempunyai keinginan berbeza kerana setiap orang boleh berjaya dalam cara mereka sendiri. Ramai yang salah faham antara survive dengan berjaya.Lantas apa beza antara survive dengan berjaya?...

Anthony Robbins dalam bukunya Unlimited Power pernah mengatakan, pada dasarnya tujuan hidup setiap orang hanya dua, iaitu memilih dan membuang. Ianya sama maksud menghindari sesuatu dan menuju sesuatu.

Orang yang mempunyai tujuan hidup memilih biasanya jika ditanya apa definisi berjaya, kebanyakan akan menjawab perkara yang tidak diinginkan dalam hidup, misalnya tidak mahu miskin, tidak mahu menderita, tidak mahu susah, tidak mahu mengambil risiko dan sebagainya.

Berlainan dengan orang yang tujuan hidupnya adalah menuju sesuatu kerana orang jenis ini jika ditanya tujuan hidupnya, mereka akan menjawab dengan hal yang mereka inginkan dalam hidup, misalnya mahu kaya, mahu hidup senang, mahu menjadi pengarah dan sebagainya.

Sekarang kita andaikan kehidupan itu adalah suatu urutan bilangan dari satu, dua dan tiga. Secara fitrahnya, semua manusia saat dilahirkan berada pada titik satu. Orang yang mempunyai tujuan hidup menghindari sesuatu dalam hidupnya hanya akan berjuang hingga ketitik dua. Mengapa?....Ini kerana sampai di situ saja, tujuan hidup mereka telah tercapai, iaitu mereka telah berhasil mengatasi hal yang tidak mereka inginkan dalam hidupnya.

Dari segi kewangan, biasanya mereka hidup dalam level standard iaitu tidak terlalu kaya, tidak terlalu miskin. Secara umum dapat dikatakan bahawa kehidupan mereka adalah cukup.

Namun, jika ditanya lebih mendalam kepada mereka, apakah mereka puas dengan kehidupan seperti itu?...kebanyakan mereka menjawab tidak. Ini kerana mereka mempunyai prinsip untuk mencapai sesuatu tetapi mereka tidak mempunyai keberanian lebih untuk melangkah ke titik tiga.

Mereka takut untuk mengambil risiko kerana sikap menghindari sesuatu risiko kerana prinsip menhindari sesuatu ini sudah sebati dalam diri mereka. Jesteru, mereka pun mencari alasan supaya tidak perlu melangkah ke titik tiga, dan berusaha melaburkan diri dengan pelbagai perkara bahawa titik dua sudah cukup bagus, mengingat mereka dahulu berangkat dari titik satu.

Itulah mengapa jumlah orang yang berada di titik ketiga di dunia ini jumlahnya hanya tiga peratus. Tidak perlu berkecil hati apabila saat ini kita masih berada pada titik satu atau dua. Selagi kita mempunyai keinginan dan tindakan untuk berubah menjadi lebih baik, ada beberapa perkara yang harus kita laksanakan.

Ubahlah cara berfikir dari menghindari sesuatu kepada menuju sesuatu. Semai keinginan yang berkobar-kobar dengan memberikan emosi pada tujuan tersebut. Dengan meniru langkah orang berjaya, sekurang-kurangnya kita mempunyai arah yang tepat menuju kejayaan. Tiru apa yang telah dilakukan oleh orang berjaya di mata kita sedalam mungkin. Ia bukan sekadar tindakan dalam pekerjaan, tapi juga segala sesuatu yang dilakukan oleh orang yang berjaya itu.

Mungkin buku yang mereka baca, di mana mereka bersantai, cara mereka berfikir, dan sebagainya. Berani menanggung risiko yang berupa kegagalan. Sebenarnya kita harus faham makna disebalik perkataan gagal, ia bukan memberi erti kejatuhan dalam hidup kita sebaliknya bagaimana kita harus melangsaikan kegagalan itu sebagai langkah untuk bangun semula.

Jesteru, jangan sesekali berhenti sebelum kita mencapai kejayaan kerana kehidupan tetap akan berjalan lancar walau apan pun yang akan terjadi. Bagaimanapun, perbezaan kecil yang kita buat hari ini akan memberi makna yang berbeza terhadap kehidupan kita seterusnya.


CreaTeD By ZaZ...ggios Nazarin


P/S : I got this from ggios Nazarin...Thanks on such effort & motivated mood...hehehe

No comments: