A DAY TO REMEMBER Your Life
From the place where you needed to be
Sunday, April 1, 2012
Friday, March 30, 2012
Jom Kira Gaji SSM Plus
Pelaksanaan Penambahbaikan Sistem Saraan Malaysia Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan. Mari kira kenaikan gaji baru anda..yang bakal anda terima pada bulan April ni.Kira di sini
http://docs.jpa.gov.my/ssm/
Thursday, March 15, 2012
SBPA BATAL TAMBAH BAIK SSM
SBPA ( 1 Jan 2012 - 8 Mac 2012)
Tiada lagi gaji baru SBPA bagi kakitangan awam. SBPA sudah tinggal “sejarah”. Yang ada sekarang ini adalah gaji baru SSM bagi. Seperti dijangka, ada yang puas hati, ada yang tidak puas, itu perkara biasa dalam pada kerajaan melaksanakan sesuatu dasar. Sukar untuk memenuhi kehendak & impian semua penjawat awam sehingga masing-masing benar-benar berpuas hati.
Tetapi persoalan & pertikaian yang bagaimana? Adakah membawa kritikan yang membawa kebaikan ataupun hanya menghentam semata? Walauapapun Skim SBPA sudah tinggal sejarah. Segala usaha yang dilakukan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam menjayakan “skim SBPA dahulu” hanya membuahkan hasil untuk tempoh beberapa bulan.
Gaji SSM Baru Gaji Baru SSM (Kenaikan 7 - 13%). Respon Kakitangan Awam Sekarang Ini? Kalau sebelum ini ada pelbagai kontroversi yang muncul sejak pengenalan skim SBPA ini diperkenalkan. Kemudian mahu diadakan semakan semula ke atas SBPA dan akhirnya SBPA ditangguhkan sebelum keputusan muktamad diambil oleh pihak kerajaan semalam yang mahu SBPA dibatalkan dan kembali semula kepada SMM yang bakal ditambahbaik.
Gaji Baru SSM Bagi Kakitangan Awam – Pelarasan 7 – 13%
Struktur skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan setelah mula diperkenalkan pada 1 Januari lalu
Kakitangan awam akan kembali semula menggunakan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. Tetapi….
Tetapi, Sistem Saraan Malaysia (SSM), yang hendak digunakan semula bagi menggantikan Saraan Baru Perkhidmatan Awam
(SBPA) hanya bersifat sementara sahaja sehinggalah skim baru yang menyeluruh dirangka kelak.
Penjawat awam yang telah mencapai tangga gaji maksima akan turut menikmati pelarasan gaji di bawah penambahbaikan
Sistem Saraan Malaysia (SSM)
Bagaimana mekanismanya, semuanya akan dibincangkan dalam suruhanjaya yang ditubuhkan nanti
Penubuhan suruhanjaya bagi mengkaji secara komprehensif dan holistik perkhidmatan awam Malaysia, yang bukan saja
membabitkan sistem saraan malah rupa bentuk perkhidmatan awam masa depan yang diperlukan negara
Memansuhkan dasar pemisah (exit policy) selari dengan pembatalan dasar SBPA.
Gaji Baru SSM – Pecahan Pelarasan Gaji SSM
Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan pelaksana & P&P (gred 1-54) – kenaikan 13 %
Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan gred Utama & Khas C/B/A – kenaikan 9%
Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan Turus 2 dan 3 - kenaikan 8%
Pelarasan gaji mengikut SSM melibatkan Turus 1 & juga Ketua Setiausaha Negara KSN – kenaikan 7%
Struktur Gaji SSM Ditambahbaik
SSM diubah daripada struktur Jadual Gaji Matriks kepada Jadual Gaji Minimum-maksimum
Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing sama seperti yang terkandung dalam SBPA dahulu iaitu
RM80 – RM320.
Kadar KGT bagi JUSA dan ke atas pula kekal menggunakan Kenaikan Gaji Tahunan SSM dengan diberikan pelarasan mengikut
peratusan yang ditetapkan. Mereka tidak ada sistem minimum – maksimum seperti gred 1-54
Elaun Sara Hidup – Cola Naik
Elaun Sara Hidup (COLA) kawasan B dan C naik RM50
Elaun Sara Hidup (COLA) - kawasan B (di antara bandar dan pedalaman) = naik daripada RM200 ke RM250 sebulan.
Elaun Sara Hidup (COLA) - kawasan C (pedalaman) =naik daripada RM100 ke RM150 sebulan
Insentif Lain
Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK), Bayaran Insentif Wilayah (BIW), Bayaran Insentif Pedalaman (BIP) dan
Bayaran Insentif Subjek Pendidikan (BISP) dikekalkan pelaksanaannya mengikut peraturan sedia ada di bawah SSM.
Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun seperti yang diumumkan dalam
pembentangan Bajet 2012. Kerjaya yang lebih luas bagi guru memberi manfaat kepada lebih 400,000 golongan itu di seluruh
negara. Oleh itu, guru siswazah (Gred DG41) dan bukan siswazah (DG29) kini tidak perlu menunggu sehingga 10 tahun untuk
naik pangkat atau gred lebih tinggi
Koperasi Sektor Awam 1Malaysia yang keanggotaannya terbuka kepada semua penjawat awam akan ditubuhkan untuk menambah
pendapatan kumpulan pekerja tersebut
Dilaporkan pelarasan gaji pula akan berkuat kuasa 1 Januari 2012, dan ini bermakna semua kakitangan awam akan menerima gaji tertunggak. Manakala Gaji baru SSM kakitangan Awam akan mula dibayar sama ada akhir bulan ini atau bulan depan.
Credit to http://beritasemasa.com/gaji-baru-ssm-2012
Thursday, January 19, 2012
Link to Government Job Website
http://www.spa.gov.my
http://www.spp.gov.my
http://www.e-recruitment.gov.my
VACANCY 2012 SARAWAK WEBLINK
http://www.cast.com.my/index.php
http://www.shinyang.com.my/
http://www.cmsb.com.my/ or http://jobs.cmsb.com.my/
http://www.sop.com.my/index.php?page=vacancies
http://www.sarawakenergy.com.my/careers.php
http://www.rhg.com.my/careers/current.html

Monday, September 5, 2011
Tuesday, August 23, 2011
8 penyakit yang boleh sembuh dengan berjalan kaki
Jika anda selama ini malas untuk berjalan , fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.
Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan yang bertumpu pada kaki tersebut.
1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.
Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.
Tidak banyak cara di luar dapat mengubat seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.
2. Stroke : Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Healthyang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.
3. Membakar Lemak : Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar,kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.
4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.
5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanker yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).
Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.
6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.
Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.
7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes tipe 2, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).
Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.
8. Depresi : Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi. Sorotnews/Tulahan

Subscribe to:
Posts (Atom)